Wednesday, January 26, 2011

Situasinya begini;

Kau punya ramai kawan. Baik dari perempuan mahupun lelaki. Kau ada perasaan yang paling indah untuk dikongsi bersama, malam ini.

Tapi satu saat kemudian kau tersedar bahawa kau seorang diri dalam bilik. Hanya ada kau, seluar, baju, buku-buku dan macam-macam benda lagi bersepah sana sini. Baik di atas lantai, diatas two seater, atas sofa bed atau tergantung ditingkap dan belakang pintu.

Dan kau akan dengar Televators berulang-ulang kali. Tanpa ada rasa mahu muntah, kau dengar entah berapa puluh kali malam ini. Hanya ada kau dan benda-benda yang aku sebutkan diatas. Dan disaat ini juga kau menginginkan satu perkara dalam hidup kau. Punya teman istimewa.

Teman istimewa yang bukan sahaja setia menemani kau. Yang sanggup berkongsi setiap perasaan dengan kau tanpa perlu membuat perbandingkan antara kau dengan mana-mana bekas teman istimewanya. Teman istimewa yang menjaga kau bila kau sakit atau bila kau rasa down paling jahanam dalam hidup kau.

Dan ada satu saat yang lain pula, ditempat aku duduk sekarang;

Aku rasa apa yang kau rasa. Sebab kita adalah orang yang sama.

No comments:

Post a Comment

luahkan perkara pertama yang kamu rasa.