kiri kanan segelintir manusia bercerita tentang Hafiz atau nama sebenarnya Hafiz Rasyid Yoon. Anak tunggal lelaki. Berdarah kacukan cina sebelah bapa dan melayu pakistan sebelah ibu. Punya dua adik perempuan kembar. Ivy dan Iva Yoon yang berusia 6 tahun.
Aku kenal Hafiz Rasyid secara kebetulan. Secara tidak sengaja ketika sama-sama berjalan keluar dari TGV,KlCC tahun yang lalu. Aku dengan Hadi, bekas teman lelakiku dan Hafiz Rasyid dengan teman-temannya. Kebetulan Hadi kenal salah seorang dari teman Hafiz Rasyid dan the next thing aku tahu, kami semua satu meja di burger king.
Hafiz Rasyid memang seorang lelaki yang manis. Dengan kurus tingginya. Dia pemalu kali pertama bersua dan kelakar selepas beberapa waktu. Aku tak banyak cakap. Ye, bagi gadis yang gemuk dan sedikit gelap seperti aku, mana layak nak mencelah perbualan. Aku cuma senyum saja bila Hafiz Rasyid mengenakan aku. Malu? Tuhan saja yang tahu. Tiba-tiba aku semput. OH MY GOD!!!! aku kelam kabut menyelongkar hand bag putih guess dari petaling street itu.
"nini, you ni menyusahkan betullah! dah tahu ada semput bawa la ubat lain kali"
suara hadi yang keras itu membuatkan perbualan Hafiz Rasyid dan teman-temannya terhenti.
Itu kali terakhir aku dan Hadi bersama. Aku tidak dapat lupakan bagaimana keras suara lelaki itu dihadapan stranger lain. Sebak.
Aku jumpa Hafiz Rasyid kali kedua di Hartamas Square. Dia datang tegur aku ketika aku ternganga tak tahu nak pilih pizza apa. Merah padam kulit gelapku bila Hafiz Rasyid kata "eh, budak bulat. I pernah jumpa you kan?"
Kami bertukar no. Dan dia rajin sms aku. Sungguh sweet. Cuma pada suatu hari dia kata dia sukakan aku. Nak terjatuh aku dari katil pagi tu. Aku macam tak percaya lelaki yang manis dan hensem itu sukakan aku yang gemuk dan berkulit gelap ini. Mimpikah aku? Aku gila bayang. Hari-hari kami berbalas sms hinggalah suatu hari aku membuat keputusan untuk tidak meneruskan hubungan sms kami.
Aku tahu Hafiz Rasyid marah. Aku tahu dia kecewa. Tapi siapalah aku? Hanyalah seorang gadis gemuk dan berkulit gelap dibandingkan dengan Hafiz Rasyid yang berkulit lebih cerah dan hensem itu. Dia betul-betul marah. Aku rasa serba salah. Tapi Hafiz Rasyid sangat baik hati. Dia terima segala kekurangan aku. Dia tidak teragak-agak untuk peluk aku. Aku tahu dia terlalu sayangkan aku tapi aku keliru. Aku tak mahu dia hanya sayangkan aku kerana kesiankan aku. Arggghhh... tension betul kepala otak aku.
Fiz, saya minta maaf. Saya tidak patut mainkan perasaan awak. Saya rasa saya tidak layak untuk awak,Fiz. Awak boleh dapat perempuan yang lebih cantik dan kurus dari saya. Saya hanyalah wanita gemuk dan gelap. Kadang-kadang saya suka kentut dan berbau. Walaupun saya minta maaf tapi awak kata it's ok. Kentut je, bukan terberak. Saya rasa hubungan kita ini tidak ada hala tuju. Saya harap awak bahagia suatu hari nanti. Atau haruskah saya ucapkan Tahniah pada awak, Hafiz Rasyid Yoon? Kerana awak hampir berjaya buat saya rasa disayangi dan dimanjai walaupun seketika.
Goodbye Hafiz Rasyid Yoon.
n.r
9.09minit malam
seluar pendek dari topshop
shirt nipis yang aku curi dari Hafiz
rambut dibiar lepas kusut
Sunday, January 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
hehehe... cinta x mengenal rupa ;)
ReplyDeleteann: saya sedar dimana saya berdiri. mana mungkin lelaki hensem mcm dia akan bersama perempuan gemuk spt saya?
ReplyDeletekalau dah jodoh, tak kemana
ReplyDeletesemua ketentuan allah.
ReplyDeleteada manusia yang suka meninggalkan, ada juga manusia yang suka ditinggalkan... ada yang terpaksa meninggalkan, n terpaksa ditinggalkan... btw, dedua tu feel dier laen, samer gak macam orang yg ditinggalkan dan orang yg meninggalkan...
ReplyDeletekalau tak percayer, sila lah cuba ditinggalkan..
Siti nurj': kalau jodoh mmg tak kemana. tpi jodoh saya bkn dgn dia.
ReplyDeletesundal jln: saya lakukan ini berdasarkan kejadian sebenar dan pengalaman lalu. jika kita kenal lebih lama anda akan tahu yg saya bukan jenis suka meninggalkan. ditinggalkan? ;) penat!
ditinggalkan satu perkara yang sakit sekali.
ReplyDeletetapi releven atau x alasan tersebut.
aku banyak kawan bersize COMEL..
ReplyDeleteseries..mereka memang COMEL walau fizikal nmpak tak sesempurna si HENSEM yang lain..
sumpah!! aku sayang kawan2 besize COMEL aku..
come on..be strong.. :)
ReplyDeleteye..saya kini lebih strong dan yes, selalu cute.
ReplyDelete