panas badan sudah berkurangan. kini tinggal rasa berat kepala. Aku memilih untuk tidur selepas selesai menulis entri ini. Aku tiba-tiba rasa emosi. Rasa sensitif pada objek yang aku lihat.
aku rasa kesian kepada diri aku sendiri. Bodoh? mungkin. Dulu aku mencintai seorang lelaki tanpa mengetahui yang dia sudah mempunyai isteri. Dia lelaki pertama yang melukakan hati. Dan sejak dari saat itu aku telah memberi amaran pada diri aku sendiri. Tidak sekali-kali suami atau pasangan wanita lain. Jangan!
Hari ini aku kecewa lagi. Lelaki. jika kau tidak yakin dengan perasaanmu, jangan sekali-kali memberi harapan palsu. Ianya tidak adil sama sekali.. Ianya lebih kejam dari membunuh. Hidup dengan hati yang hancur adalah kepayahan yang paling menyedihkan.
n.r
11.07minit malam
kemeja besar lelaki lengan pendek sudah jadi baju tidur kesayangan
stokin tebal berbelang hitam dan pakaian dalam wanita bahagian bawah
skarf sutera membalut kepala
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
lain kali siasat dulu siapakah gerangan lelaki itu. nak buat macam mana, tak apa kumbangkan banyak ekor. aku rasa its better for you to move on with your life, kerjarkan cita-cita kamu dahulu. biar cinta datang sendiri (tapi kita kena cari jugak). percayalah.
ReplyDeleteCik nini.. semoga jumpe gan 'Mr. right' satu hari nanti ye... jangan sedih-sedih taw...
ReplyDelete