Friday, January 28, 2011

Diwaktu aku sedang berinspirasi

Sakitnya sedikit hampir dengan sakit sembilan tahun yang lalu. Sedikit tekanan kecil didada buat aku senak. Mana mungkin aku akan sakit jantung atau darah tinggi. Aku masih muda.

Telah lama aku tinggalkan dan bina kehidupan lain. Sembilan tahun lamanya. Jadi sekarang adalah waktu yang tidak sesuai untuk aku merasai sesuatu yang hampir dengan apa yang aku rasa sembilan tahun yang lalu. Kau telah rosakkan jiwa aku dalam tempoh 24jam. Hebat.

Wednesday, January 26, 2011

Situasinya begini;

Kau punya ramai kawan. Baik dari perempuan mahupun lelaki. Kau ada perasaan yang paling indah untuk dikongsi bersama, malam ini.

Tapi satu saat kemudian kau tersedar bahawa kau seorang diri dalam bilik. Hanya ada kau, seluar, baju, buku-buku dan macam-macam benda lagi bersepah sana sini. Baik di atas lantai, diatas two seater, atas sofa bed atau tergantung ditingkap dan belakang pintu.

Dan kau akan dengar Televators berulang-ulang kali. Tanpa ada rasa mahu muntah, kau dengar entah berapa puluh kali malam ini. Hanya ada kau dan benda-benda yang aku sebutkan diatas. Dan disaat ini juga kau menginginkan satu perkara dalam hidup kau. Punya teman istimewa.

Teman istimewa yang bukan sahaja setia menemani kau. Yang sanggup berkongsi setiap perasaan dengan kau tanpa perlu membuat perbandingkan antara kau dengan mana-mana bekas teman istimewanya. Teman istimewa yang menjaga kau bila kau sakit atau bila kau rasa down paling jahanam dalam hidup kau.

Dan ada satu saat yang lain pula, ditempat aku duduk sekarang;

Aku rasa apa yang kau rasa. Sebab kita adalah orang yang sama.

Ini entri ringan untuk si dewasa

Lelaki susah hendak jatuh cinta bila tengok aku. Jika ada lelaki yang suka, aku tidak suka mereka. Atau jika mereka suka, mereka hanya menumpukan perhatian bagaimana mahu melurutkan seluar dalam dan coliku. Kejam? Siapa yang tidak pernah bertindak kejam? Baik lelaki atau perempuan. Masing-masing dibekalkan dengan satu vagina dan satu penis. Yang dimana pertemuan dua alat sulit ini bukan lagi asing (bagi yang belum berkahwin-sah) Kecuali kau masih lagi dara atau teruna dan tidak pernah tengok porno atau tengok secara live (dan tidak tahu bagaimana rupa bentuk dua alat keramat ini bila meningkat dewasa)

Aku tidak faham dengan pertemuan dua alat sulit ini, salah seorang dalam tidak rela, bertindak lebih dari kerelaan. Kenapa perlu bersuara kecewa (selepas kau biarkan tubuh dijajah sewenangnya dan vice versa)

Dan suatu hari bila kau sedar nilai diri kau, kau akan bertanya;

"Aku ini siapa untuk kau?"



.
.
.
.
.


Aku berdoa agar aku tidak perlu bertanyakan soalan itu kepada manusia lain (yang tidak berhak memiliki tubuhku - secara sah)


n.r
white shorts dan purple singlet

risiko itu perlu, tapi bagaimana?

aku patut berhenti mempersoalkan kenapa dia tidak ada perasaan kepada aku. Bagaimana aku tahu yang dia tidak ada perasaan kepada aku? Bagaimana kalau dia juga merasai getaran yang sama aku rasa. Tetapi memilih untuk tidak meluahkan. Bimbang aku akan tolak? Siapa yang bimbang sekarang? Dia atau aku?

Perkara yang paling mendebarkan apabila kau suka kepada seseorang dan terpaksa berdiam.

Baru bangun dari tidur yang panjang

Tiada yang lebih indah dari menghirup udara disini. Masih hidup. Masih bernafas. Masih mencari cinta.

n.r
t shirt mtv dan seluar biru polos

Wednesday, May 6, 2009

loceng berbunyi

menandakan sebahagian dari entri akan disimpan dan mungkin sebahagian daripadanya akan di lupuskan. life goes on and so do i.


n.r
seluar panjang dan t shirt biru
rambut digelung

Thursday, April 30, 2009

ketakutan yang utama

Aku sms seorang teman rapat malam semalam. Aku cuba yakinkan dia yang aku tidak boleh menyanyi. Mendatar. Dia menafikan dengan menyatakan bukan sekali dia berkaraoke dengan aku. Well, karaoke dengan live band tidak sama. Aku tahu tahap nyanyianku. Aku bukan ada value seorang penyanyi. Aku tidak ada self confident dan akan mengigil didepan penonton. Kecuali dalam bilik karaoke. Sebab dah keluar duitkan. Rugi kalau tak nyanyi.

n.r