Wednesday, May 6, 2009

loceng berbunyi

menandakan sebahagian dari entri akan disimpan dan mungkin sebahagian daripadanya akan di lupuskan. life goes on and so do i.


n.r
seluar panjang dan t shirt biru
rambut digelung

Thursday, April 30, 2009

ketakutan yang utama

Aku sms seorang teman rapat malam semalam. Aku cuba yakinkan dia yang aku tidak boleh menyanyi. Mendatar. Dia menafikan dengan menyatakan bukan sekali dia berkaraoke dengan aku. Well, karaoke dengan live band tidak sama. Aku tahu tahap nyanyianku. Aku bukan ada value seorang penyanyi. Aku tidak ada self confident dan akan mengigil didepan penonton. Kecuali dalam bilik karaoke. Sebab dah keluar duitkan. Rugi kalau tak nyanyi.

n.r

Hujan.

Waktu yang paling sesuai untuk aku buka pakaian dan berselimutkan selimut tebal. Bertemankan buku serta matikan talifon bimbit. Ye, aku tidak mahu diganggu. Lebih-lebih lagi ketika aku ingin 'make love' dengan buku. Maaf aku tidak suka kondom. Rimas.

n.r

pesanan untuk thrym.

Nak tackle perempuan pun jangan le main taktik jahat. Ayat manis sudah.


n.r

karma.

aku dah selesai dengan kau sekarang. Terima kasih untuk maklumat terbaru. Dia rasa apa yang aku rasa tahun lalu. Nak celebrate kat mana?


n.r
7.44 minit malam
seluar pendek merah jambu dan shirt ketat hitam
rasa hebat!

Friday, April 24, 2009

tempoh kehilangan

aku tidak kemana-mana. Kadang-kala menghabiskan waktu berduaan dengan diri sendiri untuk merancang kehidupan yang akan datang. Aku lebih selesa begini. Maksudnya aku lebih selesa berseorangan didalam bilik. Berfikir,mengimpikan, membaca dan berehat. Aku tidak berkerja. Tidak juga belajar. Tidak pernah berkahwin malah tidak pernah mempunyai anak. Tapi aku masih hidup. Aku dapat makan setiap hari. Aku dapat menonton tv dan beriadah. Aku bukan anti-sosial. Aku punya ramai teman. Mungkin aku juga sudah tua pemikiran. Masa berhibur sudah bertukar kepada masa kualiti. Yang pasti aku suka menulis. Aku pentingkan diri sendiri. Jadi kebanyakkannya berkisarkan tentang kehidupan yang aku lalui. Mungkin juga tentang manusia lain. Mungkin. Seperti yang aku katakan aku ini pentingkan diri sendiri.

Aku ingin berehat. Bye.

n.r
....

sampah

akan aku bersihkan ia sedikit waktu lagi.

n.r
12.41 minit tengahari
rolling stone shirt dan pink short

Wednesday, March 18, 2009

next!

pokok kelapa lama telah aku gantikan dengan pokok kelapa baru. tapi kali ini aku mahu simpan lebih lama.


n.r
12.24pm
seluar aladin, singlet hitam dan black coffee

Sunday, February 22, 2009

sharing is caring

tapi belum tentu jadi kepunyaan kita.

n.r
3.16minit petang
;)

11.00 pagi di rumah no 8

a year older a year wiser

n.r
3.05minit petang
pakaian yang sama

Tuesday, February 17, 2009

oh coldplay!

i'm in love. jadi aku consider ini adalah hadiah ulang tahun yang paling indah dari Tuhan.


n.r
12.36minit tengahari
brown shorts and singlet hitam
rambut beralun kemas digelung
dan senyuman

Tuesday, February 10, 2009

dalam bentuk pengiraan

aku sedang berehat sementara menantikan pembantu rumah dan mama siapkan makan malamku. Badan masih belum kuat sepenuhnya. Petang tadi aku hampir pitam buat kali ketiga sepanjang aku dirumah.

kali pertama beberapa hari yang lalu. Masuk petang mesti kepala aku mula rasa pusing dan aku cepat-cepat masuk bilik dan tutup mata. Semalam dan hari ini sudah jadi rutin. Jadi aku berkira esok petang mesti aku hampir pitam lagi.

aku balas sms seorang teman.

badan masih tidak kuat. kepala masih lagi pening dan rambut gugur dalam kuantiti yang tidak normal.

lagi sepuluh hari. harap-harap hari kesepuluh badan kuat sikit dan mampu untuk meraikan.


n.r
seluar panjang hitam topshop
baju panjang paras peha hitam putih
rambut nipis semakin gugur berbau syampu baby jonhson

Monday, February 9, 2009

connection?

aku suka bila keluar dengan manusia yang punyai minat yang sama dengan aku. lebih lebih lagi lelaki. dan ayat seterusnya aku nak taip -it depends.

dia manusia pelik yang cerdik dan bercakap dengan dirinya sendiri. dia miliki sesuatu yang aku mahu dan aku ada sesuatu yang dia pernah ada.

grouchy

hari ini dah masuk hari isnin. so hari jumaat lepas-malam, aku duduk dengan seorang lelaki cina yang sudah lama aku tak jumpa. aku lapar so kami makan indo mee. berbual sambil aku main-main rambut. dengan rasa terkejut ya amat bila jari-jari kiri menyentuh kulit kepala. Oh lordy!!! mana rambut aku??

ye, baru malam itu aku perasaan bahawa hasil dari rambut aku yang semakin banyak gugur itu menghasilkan satu bulatan kosong disebelah kiri kepala. Aku perasan tiap kali mandi, bilangan rambut gugur agak banyak. tapi aku buat tak tahu. hingga minggu lepas, aku mengadu pada kawan-kawan yang rambut banyak gugur bila aku leraikan mengunakan jari. Bila aku tunjuk, diaorang terkejut.

Tapi malam jumaat lalu, aku lebih dari terkejut. Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, aku tak sabar nak tengok. Jadi bila aku akhirnya melihat satu bulatan besar disebelah kepala aku jadi hampa. Actually aku dah noticed yang rambut aku semakin nipis.

I went to clinic near my house. Doktor kata sebab syampu yang aku pakai. Aku pula rasa sebab lain. Sakit kepala jadi kerap lately. Or mungkin aku stress. Hmm.. petang tadi lepas having my lunch, aku makan ubat. Aku tak pasti tapi mcm setengah jam lepas tu, kepala aku jadi pusing lain macam. Aku cepat offline dan naik bilik. Aku suspen sebenarnya. Aku cakap pada mama aku naik bilik sebab aku pening. Dalam bilik aku dah rasa pening dan pusing yang agak extreme dan aku baring dan tutup mata. aku tidur.

sekarang pun ada lagi sisa pening. aku akan tidur lepas ini.

goodnite


n.r
fav.shirt dan seluar panjang dark blue
pening.pening.pening

Tuesday, February 3, 2009

rindu pada 05:01

bunyi guruh menandakan hujan akan jatuh ke bumi lagi. aku dirumah utama setelah berhari-hari menghabiskan masa buntu di tempat separa baru. rindu pada setiap penghuni rumah utama lebih-lebih lagi dua askar kecil yang buas.

dah lama tak tidur dikatil sendiri. lebih selesa dan lebih empuk. tidak sakit belakang badan dan kepala. tak lupa rindu pada water heater dan makanan yang sentiasa ada.

kata-kata meminta aku kembali ke rumah utama. mungkin. tapi tiada keputusan yang disampaikan.


aku mahu ke ikea selepas ini. mungkin.

aku mahu menonton wayang selepas ini. mungkin.

aku mahu baring di katil yang berhari-hati aku tinggalkan. mungkin.


selamat tidur!

n.r
5.07ptg
al green dark grey shirt besar
mini dress kotak-kotak kecil biru
rambut digelung kemas

Monday, January 26, 2009

sunday afternoon untuk pagi isnin

(tarik nafas) i have no idea.

1

2

3

(tarik nafas lagi) well. to be honest? Yes, I do! banyak perkara yang naik turun dalam kepala. Diantara manusia-manusia yang datang bagaikan rintik hujan diwaktu kesedihan. Aku perlukan waktu. perlu lebih banyak masa biarpun waktu itu sebenarnya tidak sudi menunggu.

meraikan harijadi seorang teman baik. Ye, dia hanya teman biarpun pada penglihatan mata-mata kasar, bagaikan punya perasaan yang mendalam. Tapi sebenarnya tidak. Mungkin penafian ini tidak dapat menjawab curiousity mereka. Sebenarnya apa aku peduli? manusia bebas mempunyai pelbagai jawapan angin mereka.

Yang pasti aku tidak mahu berjumpa sesiapa waktu ini biarpun aku sekarang sedang menaip dirumah teman baikku itu. Adakah dengan pengakuan ini memperjelaskan yang aku sebenarnya tidak mahu berjumpa sesiapa pun?

Ya, aku tidak mahu berjumpa sesiapa kecuali Racheal Yamagata


n.r
10.18pagi
seluar pendek
shirt hitam dan kemeja biru kotak-kotak
gaya rambut bangun tidur

Thursday, January 22, 2009

selamat datang malam

sorang di laundry. sorang tengah makan. sorang jauh dikampung.
aku? baru nak mandi. mahu keluar mengutip ilham disepanjang lebuhraya.



n.r
10.58minit malam
shirt pop hitam
skirt denim lusuh
badana plain hitam

Wednesday, January 21, 2009

sms dari hafiz rasyid

lepas makan tengahari tadi talifon bimbit nokia hitamku bergerak-gerak. tanda sms masuk.

aku terus tekan.

saya baca tulisan awak. awak kata rindu saya. betul ke? awak tulis pasal saya. hmm.. kita memang tak boleh bersama ye? saya harap awak tetap jadi kawan saya. harap awak tak hampakan permintaan saya ini.

(21-jan-2009/01:27:01pm)

aku tak reply. ye aku tak reply langsung sms dia.













aku call. aku kata tetap jadi kawan dia sampai bila-bila.


n.r
2.42petang
seluar pendek hijau
baby t putih
tocang bak ibu2 lepas bersalin

Tuesday, January 20, 2009

terima kasih kerana mengejutkan saya!

sepi dan pagi yang tenang. tidur sangat indah malam tadi.

talifon bimbit yang dalam silence mode bergetar.

+6067626***

suara lelaki. Kira-kira 20an.

Helo yap ada?

aku dalam separa sedar tapi masih boleh mengingati.

sapa?

yap ada?

salah no ni

er, ini 012 6******?

ye. tapi salah no.

sori.

(11.39pagi)

aku berkira-kira ingin menyambung tidur bila talifon bergetar sekali lagi.

aku tengok skrin +60355195***

helo?

suara perempuan yang terus bercakap tak henti

helo kak ita. ni saya nak tanya tentang duit ptptn bla bla bla bla..

helo, salah no. aku terus letak.

(11.40pagi)

selang seminit je. hmmmmm. aku yakin ini adalah konspirasi bekas majikanku. dia suruh aku berkerja semula ditempatnya. Semalam berkali-kali dia talifon tapi aku tak jawab. mesti dia yang upah dua-dua orang itu untuk mengesan lokasi dimana aku berada.

anyway, terima kasih kejutkan aku. aku nak pergi tengok wayang hari ini.


n.r
2.42minit petang
seluar pendek berbelang warna warni
baby t hitam
rambut baru disyampu semalam
digelung penuh gaya

Monday, January 19, 2009

untuk saudara yang jauh dimata


mungkin saya seorang pengarang. mungkin tidak.
yang pastinya saya seorang manusia yang telah lama mati dan cuba untuk hidup kembali

sampai waktunya kita akan bertemu


n.r
1.13minit pagi
berseluar panjang biru
baby t nipis hijau
headphone

Sunday, January 18, 2009

harus aku ucapkan Tahniah?

kiri kanan segelintir manusia bercerita tentang Hafiz atau nama sebenarnya Hafiz Rasyid Yoon. Anak tunggal lelaki. Berdarah kacukan cina sebelah bapa dan melayu pakistan sebelah ibu. Punya dua adik perempuan kembar. Ivy dan Iva Yoon yang berusia 6 tahun.

Aku kenal Hafiz Rasyid secara kebetulan. Secara tidak sengaja ketika sama-sama berjalan keluar dari TGV,KlCC tahun yang lalu. Aku dengan Hadi, bekas teman lelakiku dan Hafiz Rasyid dengan teman-temannya. Kebetulan Hadi kenal salah seorang dari teman Hafiz Rasyid dan the next thing aku tahu, kami semua satu meja di burger king.

Hafiz Rasyid memang seorang lelaki yang manis. Dengan kurus tingginya. Dia pemalu kali pertama bersua dan kelakar selepas beberapa waktu. Aku tak banyak cakap. Ye, bagi gadis yang gemuk dan sedikit gelap seperti aku, mana layak nak mencelah perbualan. Aku cuma senyum saja bila Hafiz Rasyid mengenakan aku. Malu? Tuhan saja yang tahu. Tiba-tiba aku semput. OH MY GOD!!!! aku kelam kabut menyelongkar hand bag putih guess dari petaling street itu.

"nini, you ni menyusahkan betullah! dah tahu ada semput bawa la ubat lain kali"
suara hadi yang keras itu membuatkan perbualan Hafiz Rasyid dan teman-temannya terhenti.

Itu kali terakhir aku dan Hadi bersama. Aku tidak dapat lupakan bagaimana keras suara lelaki itu dihadapan stranger lain. Sebak.

Aku jumpa Hafiz Rasyid kali kedua di Hartamas Square. Dia datang tegur aku ketika aku ternganga tak tahu nak pilih pizza apa. Merah padam kulit gelapku bila Hafiz Rasyid kata "eh, budak bulat. I pernah jumpa you kan?"

Kami bertukar no. Dan dia rajin sms aku. Sungguh sweet. Cuma pada suatu hari dia kata dia sukakan aku. Nak terjatuh aku dari katil pagi tu. Aku macam tak percaya lelaki yang manis dan hensem itu sukakan aku yang gemuk dan berkulit gelap ini. Mimpikah aku? Aku gila bayang. Hari-hari kami berbalas sms hinggalah suatu hari aku membuat keputusan untuk tidak meneruskan hubungan sms kami.

Aku tahu Hafiz Rasyid marah. Aku tahu dia kecewa. Tapi siapalah aku? Hanyalah seorang gadis gemuk dan berkulit gelap dibandingkan dengan Hafiz Rasyid yang berkulit lebih cerah dan hensem itu. Dia betul-betul marah. Aku rasa serba salah. Tapi Hafiz Rasyid sangat baik hati. Dia terima segala kekurangan aku. Dia tidak teragak-agak untuk peluk aku. Aku tahu dia terlalu sayangkan aku tapi aku keliru. Aku tak mahu dia hanya sayangkan aku kerana kesiankan aku. Arggghhh... tension betul kepala otak aku.

Fiz, saya minta maaf. Saya tidak patut mainkan perasaan awak. Saya rasa saya tidak layak untuk awak,Fiz. Awak boleh dapat perempuan yang lebih cantik dan kurus dari saya. Saya hanyalah wanita gemuk dan gelap. Kadang-kadang saya suka kentut dan berbau. Walaupun saya minta maaf tapi awak kata it's ok. Kentut je, bukan terberak. Saya rasa hubungan kita ini tidak ada hala tuju. Saya harap awak bahagia suatu hari nanti. Atau haruskah saya ucapkan Tahniah pada awak, Hafiz Rasyid Yoon? Kerana awak hampir berjaya buat saya rasa disayangi dan dimanjai walaupun seketika.

Goodbye Hafiz Rasyid Yoon.


n.r
9.09minit malam
seluar pendek dari topshop
shirt nipis yang aku curi dari Hafiz
rambut dibiar lepas kusut

antara ruang sebelum menutup mata

aku rindu kesunyian. Aku rindu untuk berada didalam kehangatan selimut tebal dan kelembutan tilam queen size bed dibilik tidur.

















ya aku tipu sebenarnya. aku rindu seorang lelaki. namanya hafiz dan kau rindu siapa saat ini?


n.r
12.54minit pagi
oversized brown shirt kurt cobain
no pants for tonite.hanya stokin tebal belang hitam
rambut digelung

Friday, January 16, 2009

aku tak ada perasaan atau kau yang cari alasan?

panas badan sudah berkurangan. kini tinggal rasa berat kepala. Aku memilih untuk tidur selepas selesai menulis entri ini. Aku tiba-tiba rasa emosi. Rasa sensitif pada objek yang aku lihat.

aku rasa kesian kepada diri aku sendiri. Bodoh? mungkin. Dulu aku mencintai seorang lelaki tanpa mengetahui yang dia sudah mempunyai isteri. Dia lelaki pertama yang melukakan hati. Dan sejak dari saat itu aku telah memberi amaran pada diri aku sendiri. Tidak sekali-kali suami atau pasangan wanita lain. Jangan!

Hari ini aku kecewa lagi. Lelaki. jika kau tidak yakin dengan perasaanmu, jangan sekali-kali memberi harapan palsu. Ianya tidak adil sama sekali.. Ianya lebih kejam dari membunuh. Hidup dengan hati yang hancur adalah kepayahan yang paling menyedihkan.


n.r
11.07minit malam
kemeja besar lelaki lengan pendek sudah jadi baju tidur kesayangan
stokin tebal berbelang hitam dan pakaian dalam wanita bahagian bawah
skarf sutera membalut kepala

pedih mata,hidung tersumbat dan panas badan


jadi mama masakkan sambal ikan bilis tempoyak.
(thanks and love u ma!)



n.r
3.12minit petang
mini dress yang menjadi baju tidur
rambut dibiar lepas kemas

Thursday, January 15, 2009

cuba lari dari kebiasaan menaip




merentasi kebekuan sel-sel otak lewat petang khamis

Aku mahu tempat baru. Tempat yang berjaya membuatkan aku rasa seperti alien. Tempat yang berjaya buat aku terasa tersisih. Aku perlu pisahkan kebiasaan dan keselesaan ini. Aku mahu rasa satu bentuk kekosongan yang .... mengujakan?

Aku berpeluh dari dalam. Jadi tempat ini paling sesuai untuk aku. Aku perlukan pengisian. Perut mula menunjukkan aksi-aksi luar biasa yang biasa aku rasa.

(catatan ini ditulis ketika aku berhenti dilampu isyarat. Bahaya-Jangan tiru!)


(sambungan)
Perjalanan memenuhi misi pengisian berakhir di Old Town Coffee. Itupun selepas aku kehilangan arah selepas buntu memilih diantara Starbuck Coffee, Subway dan Johnny's. Akhirnya aku menarik kerusi di Old Town (kerana lebih ramai orang dan pastinya berjaya buat aku rasa seperti alien)


Aku tanya waitress cina "Ada astray tak?" Tapi jawapannya menghampakan aku. Aku tidak boleh merokok disitu. Sambil mengalihkan pandangan aku ke meja bertentangan. Dengan kepulan asap yang dihembus.

Aku berjaya. Berjaya menjadi orang asing ditengah-tengah manusia lain.

Sepasang kekasih muda duduk bersebelahan dengan coca cola dimejanya. Yang memisahkan kami adalah pintu kaca dengan tulisan Old Town White Coffee.
Oh ya, garlic butter toast sudah terhidang didepanku. Jemput makan!
(7.05minit malam)


(sambungan-7.15minit malam)
Aku rasa lama aku mengunyah. 10 minit bagaikan 30minit. Aku menunggu waktu yang paling sesuai untuk menyedut mocha white coffee. Tanpa rokok aku rasa kekok. Aku rasa kesunyian. Aku toleh kanan. Dua remaja lelaki bangsa cina dengan sekotak rokok malboro merah dimeja. Aku menunggu masa untuk dia nyalakan rokok.

Dan akhirnya aku berjaya juga merokok disitu. Walaupun sebentar tadi aku rasa terkongkong. Sekarang aku bebas! (sambil menghembuskan asap rokok)

Aku lihat seorang pakcik dengan baju melayu dan gelang emas tebal dipergelangan kanannya. Diekori temannya yang berkaki satu, juga berbaju melayu.

Dari tempat dudukku, aku lihat sepasang suami isteri dikaunter Starbuck Coffee. Si isteri berjubah hitam. (bukan warga tempatan)

Ketika enak bermain dengan asap rokok, aku didatangi seorang pelayan wanita bertudung. Dari tadi terintai-intai dimana aku buang abu rokok. Katanya aku perlu buang di pinggan putih didepanku. Sekali lagi aku tidak nampak dia menegur pelanggan lain. Aku hanya akur. Dan ini adalah astray paling besar pernah aku guna. Aku perlu beli portable astray selepas ini. Pasti!

Atau kau mahu hadiahkan aku satu? Tak mahal. Tak silap aku harganya Rm10 di danau kota.

n.r
7.34minit malam
seluar jeans biru lusuh
t shirt nipis hitam dan kemeja kotak-kotak biru
buku tulis (buku sekolah)

yang dikejar tidak pernah dapat, yang dikendong tidak mahu jatuh

Aku mengunyah Pringles. Rakus. Seperti tidak makan seminggu. Mengurut-menekan mata dan dahi. Dengan harapan yang terbuku didalam otak akan jatuh bergelimpangan. Hampa. Aku terasa seperti dianak tirikan. Rasa tersisih. Sedih!

Aku terbaring di two-seater dibilik tidur. Dengan tubuh separa terdedah. Membiarkan angin menyejukkan tubuh yang sudah sedia sejuk. Sudah 30minit berlalu. Tiada tanda-tanda mary akan pulang dengan domino pizza yang aku kirimkan. Aku mencapai tin Pringles. Sekali lagi mengunyah rakus. Rasa kosong. Lapar!

Aku berdiri didepan cermin bilik mandi. Merenung tepat mataku. Aku tunduk disinki. Berkumur. Mengeluarkan sisa-sisa Pringles. Pantas saja tangan mencapai tuala muka yang tergantung di sebelah kiriku. Rasa segar. Puas!


n.r
3.05minit petang
kain batik lusuh
t shirt dengan muka besar kurt cobain
rambut digelung kemas. manis

Wednesday, January 14, 2009

perintah berkurung

aku sudah tua.
sudah letih berparty seperti dulu.
tidak sekerap dan serajin bermalam dikedai mamak.
sudah tidak ketagih mencari teman-teman.

aku ditemani seorang lelaki. Atau lebih tepat menemaninya. Apapun, kami saling mengisi kekosongan dan kesunyian. Atau aku seorang saja yang berfikiran seperti itu. Aku tidak boleh hidup tanpa lelaki. ye, sebagai seorang wanita straight, aku tidak mampu hidup tanpa bermanja dengan lelaki biarpun dia hanya kawan biasa. Aku mahu dimanjai (dan memanjakan) Rasanya sudah sampai waktu aku perlu cari lelaki yang akan menemani hari-hari tua dan akhirku.

aku capai kunci kereta. Aku perlu berlaku adil pada keretaku. Aku tahu keretaku pasti cemburu kerana aku lebih banyak menghabiskan masa bersama queen size bed lebih darinya. Aku cuba buka pintu. Aku cuba. dan kemudian berhenti. Aku letak kembali kunci kereta di meja kayu ditepi meja makan. Aku buka sweater belang-belang merah jambu dan kelabu. Aku buka topi.

Aku berjalan lemah memijak setiap anak tangga dan menuju bilik tidur utama. Aku bukan sengaja. Tapi aku lupa. Hampir. Aku kena patuhi perintah berkurung yang aku buat sendiri.

Selamat malam

n.r
11.53minit malam
seluar panjang hitam phat farm
t shirt hijau
rambut dibiar lepas kusut

ibarat kapal yang menyusuri lautan

hati-hati dengan pencarianmu, sayangku.

n.r
1.28pagi
jeans lusuh dengan tiga mata
t shirt hijau

Tuesday, January 13, 2009

perang datang lagi!

dalam otak dan jiwaku.
aku perlu segera lari.
jika aku tunggu,
seperti biasa-
mati!


n.r
10.15malam
singlet lusuh melengkapi seluar pendek biru
rambut paras bahu dibiarkan lepas kusut
headphone


Sunday, January 11, 2009

low, medium & high

putih yang pudar terlentang.
minta digauli. minta dijamahi.
low, medium & high? bisik suara hati.
aku kepanasan. menekan tubuh kerasmu.
merangsang bahagian atas badan dahulu.
akhirnya jatuh kebawah.
laju!
laju!
laju lagi!

biar segala kepanasan,
biar segala kesunyian ini dinodai kuasamu.

n.r
02.22petang
sweater belang-belang merah jambu dan kelabu
masih memakai seluar pendek koyak dari bali
rambut paras bahu digelung tidak kemas


Saturday, January 10, 2009

sembilan hari baru, dua ribu sembilan

meraikan hari ini.
bakal meraikan hari-hari baru.
separuh manusia.
separuh bayang-bayang.
boleh dipegang.
terbang melayang.

n.r
11.20malam
berseluar pendek koyak dari bali
singlet hitam lusuh tidak bercoli
rambut paras bahu bebas